Alhamdulillah. Harga minyak dunia naik lagi. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya tidak perlu kuatir kerana kita merupakan antara pengeluar minyak dunia. Terjejaskah kita? jika jawapannya terjejas memang pelik bunyinya. Kita mempunyai hasil minyak sendiri dan sebagai pengeluar pendapatan negara akan turut meningkat sekali ganda dengan kualiti minyak yang dimiliki Malaysia ditambah dengan kenaikan harga minyak dunia.
Tahukah anda Iran antara pengeksport terbesar minyak dunia menghentikan penghantaran minyak mentah 
kepada syarikat-syarikat Britain dan Perancis yang memberikan kesan 
buruk kepada kesatuan Eropah. Tak cukup lagi setakat ini, dikhabarkan 
yang Venezuela pun akan hentikan bekalan ke Eropah sebagai tanda 
sokongan kepada Iran. Dan Iran-India menjalankan urusan jual beli minyak menggunakan emas. Ini akan menyebabkan matawang USD mungkin merudum jatuh. Apakah tindakan Amerika Syarikat??
Nabi S.A.W bersabda, “Akan tiba suatu masa kepada manusia di mana tidak ada
lagi yang bernilai kecuali emas dan perak” HR Imam Ahmad Ibn Hanbal. Adakah ini merupakan tanda-tanda kiamat semakin hampir??
Sepatutnya seluruh umat Islam mengambil langkah ini, kembali kepada 
dinar dan dirham sebagai alternatif pertukaran wang dagangan kerana 
terbukti ia pasti menggugat musuh Islam terbesar kini iaitu Amerika 
Syarikat. Kita mesti yakin kepada pertolongan Allah, seperti juga air zamzam 
yang tidak pernah kering walaupun berjuta-juta umat Islam mengambilnya 
saban hari saban tahun.INSYAALLAH.

No comments:
Post a Comment