Thursday, March 1, 2012

Perkara Perlu Dielak Dalam Pelaburan

Terdapat beberapa amalan yang perlu dielakkan semasa membuat keputusan untuk melabur bagi mengurangkan risiko menanggung kerugian.

Jangan meminjam untuk melabur
Anda tidak seharusnya menggunakan wang orang lain untuk melabur atau mengeluarkan wang tunai daripada kad kredit anda. Sekiranya anda tidak mempunyai wang, jangan melabur!


Jangan melabur semata-mata untuk mendapatkan pulangan yang cepat & tinggiPulangan yang cepat lazimnya mempunyai risiko yang tinggi. Sentiasa berwaspada terhadap skim cepat kaya haram yang menjanjikan pulangan wang yang cepat atas pelaburan anda. Orang yang menjalankan skim tersebut memberi janji palsu & mungkin akan lesap bersama-sama wang anda.

Jangan melabur dalam pelaburan yang berisiko tinggi kecuali anda benar-benar bersedia untuk menghadapi risiko tersebut.
Sesetengah pelaburan melibatkan elemen spekulasi dan risiko yang tinggi ( contohnya, dagangan hadapan)


Jangan melabur berdasarkan 'hot tips" dan khabar angin.
Ini kerana setiap khabar angin itu tidak dapat mengawal permintaan & penawaran pasaran melainkan ianya benar-benar akan berlaku. Pasaran hanya dapat dikawal jika kita merupakan pasaran monopoli yang tidak dapat disaingi oleh pemasar-pemasar lain untuk terus hidup di pasaran.

Kesimpulannya, anda tidak seharusnya membuat sebarang keputusan melabur secara tergesa-gesa. Seorang pelabur yang bijak perlu mencari maklumat secara proaktif mengenai beberapa pilihan pelaburan yang ada. Beliau perlu peka terhadap suasana pelaburan & keadaan pasaran semasa. Para pelabur seharusnya sentiasa beringat untuk berhati-hati semasa membuat pilihan & keputusan pelaburan.

Moga dapat memberi manafaat.INSYAALLAH.


No comments:

Post a Comment