Tuesday, February 28, 2012

EON Perkenal Skim My Lease – Skim Pajakan Kenderaan

Kereta adalah satu barang yang bakal susut nilai daripada tahun ke tahun. Sampai satu masa kebanyakan rakyat Malaysia sudah mula berkira-kira untuk menukar kereta. Jadi apabila mahu dilancarkan Skim My Lease – Skim Pajakan Kenderaan, bagi kami secara pengamatan awalnya agak berbaloi dan baik untuk dilaksanakan. Cuma buat masa ini skim My Lease ini kan tertumpu ke pengguna korporat terlebih dahulu, kemudian barulah bakal diperluaskan kepada orang awam pula sebelum hujung tahun 2012.

Skim My Lease itu akan memberikan pilihan kepada pengguna dalam pemilikan kenderaan, selain daripada skim sewa yang ditawarkan institusi kewangan ketika ini. Ketua Pegawai Operasi EON, Azman Idris berkata, tidak seperti skim sewa beli kerana My Lease membolehkan pelanggan menggunakan kenderaan tanpa perlu memikirkan beberapa aspek pemilikan utamanya, iaitu servis dan penyelenggaraan kereta seta pembaharuan insurans dan cukai jalan kerana semuanya akan ditanggung sepenuhnya oleh pemajak iaitu DRB-Hicom Leasing. 

Pemajakan kenderaan ini juga menyediakan pilihan menarik kepada pengguna kerana secara amnya tanggungan bulanannya adalah lebih rendah berbanding sewa beli. Antara kebaikan skim inin adalah:
  • perbelanjaan modal yang rendah bagi pemilikan kenderaan kerana tidak perlu membuat bayaran pendahuluan yang tinggi berbanding sewa beli
  • bebas dari menanggung kos penyelenggaraan
  • tidak perlu bimbang mengenai nilai jualan semula kerana bila tamat tempoh pajakan atau bila mereka ingin menggantikan kenderaan dengan yang baru, kenderaan lama akan dikembalikan kepada DRB-HICOM Leasing
  • pengguna yang tidak perlu pening kepala lagi memikirkan beban dengan baki hutang
  • nama bersih daripada CCRIS
  • Servis/cukai jalan/insurans semua sudah diuruskan sendiri oleh DRBHicom.
Walaubagaimanapun, skim ini sudah tentu mempunyai kontranya iaitu:
  • Mungkin kereta tersebut tidak boleh diubahsuai? Masakan perkara ini boleh dibenarkan?
  • Kereta yang anda bayar bulan-bulan, kalau gagal bakal dirampas disebabkan ia adalah hak mutlak DRB Hicom. Berbeza dengan sewa beli kereta, milik mutlak adalah bank
  • Kereta tersebut pastinya bukan hak milik kekal
  • Ha….yang ini bakal bermain difikiran bakal pelanggan skim My Lease. Kadar bayaran bulanan yang bakal ditawarkan oleh pihak EON?
  • Mungkin apabila cukup tempoh pembayaran anda telah pun melangsaikan pembayaran yang sepatutnya untuk selama tempoh yang telah dipersetujui sebelumnya, anda boleh pilih kereta baru pula, kereta lama diambil semua oleh DRB Hicom sebagai kereta terpakai.
Ini yang dapat kami fikirkan setakat ini. Ada nak tambah? Kami yakin jika skim MY Lease ini berjaya digarap dengan baik, insyaallah ia akan menjadi alternatif terbaik kepada rakyat Malaysia selepas ini. Apa pandangan anda pula dengan perkhidmatan skim My Lease (Skim pajakan kenderaan) ini??


No comments:

Post a Comment