Wednesday, April 11, 2012

Wang Saraan KWSP Tidak Cukup.

“Kos sara hidup yang semakin meningkat serta pelbagai hutang jangka masa panjang seperti pinjaman kenderaan dan perumahan telah menyebabkan jumlah simpanan pencarum KWSP tidak banyak membantu selepas bersara. Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, baru-baru ini mengenai langkah KWSP yang akan mengkaji semula jumlah caruman bulanan pekerja dan majikan bagi mengatasi isu selepas bersara. (Sumber  petikan: Utusan Malaysia.) 
 
Menarik bukan? Statistik menyebut dengan wang KWSP yang dicarum daripada  gaji bulanan kita, 75% daripada pencarum menghabiskan wang mereka dalam masa 3 tahun selepas pencen.
Jadi, apakah persediaan untuk menghadapinya??Hal ini bukan rekaan dan sebab itulah juga golongan berwajib ini cuba dengan pelbagai cara untuk membantu kita dalam menangani masalah ini.

Jadi, sebagai alternatif yang mana telah diwartakan iaitu supaya pencarum boleh melabur sebahagian wang KWSP mereka di dalam unit trust. Jika unit trust merupakan medan pelaburan yang tidak menapak secara kukuh, walhal perkara ini diwartakan oleh pihak berwajib. Ini merupakan langkah yang bijak kerana konsepnya sama seperti instrumen pelaburan yang lain seperti ASB/ASN tetapi pulangan adalah lebih tinggi.

Fikirkanlah adakah wang KWSP anda mencukupi dihari tua anda nanti? Adakah anda tergolong dalam kumpulan yang 25% atau sebaliknya?? Pilihlah pelaburan yang bijak untuk menjamin hari tua anda. Dan jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai instrumen pelaburaan. Boleh contact saya dengan klik  disini. INSYAALLAH saya membantu.






No comments:

Post a Comment