Tuesday, February 28, 2012

EON Perkenal Skim My Lease – Skim Pajakan Kenderaan

Kereta adalah satu barang yang bakal susut nilai daripada tahun ke tahun. Sampai satu masa kebanyakan rakyat Malaysia sudah mula berkira-kira untuk menukar kereta. Jadi apabila mahu dilancarkan Skim My Lease – Skim Pajakan Kenderaan, bagi kami secara pengamatan awalnya agak berbaloi dan baik untuk dilaksanakan. Cuma buat masa ini skim My Lease ini kan tertumpu ke pengguna korporat terlebih dahulu, kemudian barulah bakal diperluaskan kepada orang awam pula sebelum hujung tahun 2012.

Sunday, February 26, 2012

Harga Minyak Dunia Melambung Tinggi US$108.62 Setong!

Alhamdulillah. Harga minyak dunia naik lagi. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya tidak perlu kuatir kerana kita merupakan antara pengeluar minyak dunia. Terjejaskah kita? jika jawapannya terjejas memang pelik bunyinya. Kita mempunyai hasil minyak sendiri dan sebagai pengeluar pendapatan negara akan turut meningkat sekali ganda dengan kualiti minyak yang dimiliki Malaysia ditambah dengan kenaikan harga minyak dunia.

ASSALAMUALAIKUM DUNIA!

Selamat datang ke laman blog ini. Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, biarlah saya bercerita serba sedikit mengenai latar belakang saya. Sebenarnya saya merupakan salah seorang Agen Unit Teras /Unit Trust Consultant (UTC) dari Public Mutual. Saya akan menjadikan blog ini sebagai medan untuk berkongsi ilmu dengan pelopor ilmu terutamanya dalam hal ehwal unit trust.

Antara perkhidmatan yang bakal saya berikan ialah:
1. Membantu anda tentang segala urusan transaksi dengan jelas & mantap.
2. Memberikan penerangan mengenai produk unit trust secara mendalam.
3. Menjawab segala persoalan - persoalan  melalui email & blog dengan jelas.
4. Memberikan maklumat semasa tenteng pergerakan ekonomi & saham.
5. Membantu pelaburan anda terutama melalui dana KWSP/EPF anda.
6. Mencapai matlamat dalam mengawal pelaburan anda terutama bagi jangka masa panjang.

Secara umumnya, kami memantau segala pasaran saham dunia terutama di Malaysia dan semua pengaruh kepada  ekonomi dunia bagi memastikan pelaburan anda sentiasa aktif & menguntungkan. Kami tidak mementingkan komisyen semata - mata dan akan berusaha untuk menjaga & mengawal pelaburan anda dalam unit trust. Dan paling penting segala ilmu yang dikongsi adalah percuma untuk tatapan semua. INSYAALLAH.