Kereta adalah satu barang yang bakal
susut nilai daripada tahun ke tahun. Sampai satu masa kebanyakan rakyat
Malaysia sudah mula berkira-kira untuk menukar kereta. Jadi apabila mahu
dilancarkan Skim My Lease – Skim Pajakan Kenderaan, bagi kami secara pengamatan awalnya agak berbaloi dan baik untuk dilaksanakan. Cuma buat masa ini skim My Lease ini kan
tertumpu ke pengguna korporat terlebih dahulu, kemudian barulah bakal
diperluaskan kepada orang awam pula sebelum hujung tahun 2012.
